entriesaboutchatlinks

Tuesday, November 24, 2009
..bila semua berakhir.. @ 2:59 AM


 ..memang salahku miliki
dirimu kedua selepas
dia memang salahku
merampas kamu dari
dirinya yang tak tahu
tentang kita walaupun
berkali aku bercerita
betapa aku yang 
pertama di sisimu

mana mungkin
kau mengerti
mana mungkin
kau ketahui
bila kau dan dia
tak lagi bersama
dan kau mengulangi 
kisah lalu membuat
aku keliru
siapa yang ingin 
kau miliki sebenarnya
aku keliru
aku takut
saat kau sampaikan
niatmu untuk memilikiku
untuk di sisiku
siapa dia di hatimu sekarang?
tetapku terima dirimu
tanpa banyak tanya hanya
kerana aku pernah
ada perasaan padamu
dan bila...
12 bulan berlalu 
sayang yang dulu
tidak mekar padamu
mula bercambah,,
mula berbunga tapi 
kau...
mula tak endah
mula tak kisah
tentangku
aku terfikir
adakah ini balasanku?
kerana merampasmu darinya..
adakah aku bersalah?
kasih sayang pesalah 
yang patut di hukum di sini?
atau pelakunya?
tak siapa yang tahu
tak siapa yang mengakunya..
dan kini aku termenung
di jendela melihat
langit kelam yang
terbentang di hadapanku
adakah aku menjadi 
penghalang cintamu
andai itu benar 
aku terima seadanya..
sayang,,,
maafkan aku..
semuanya sudah berakhir
aku relakan kau pergi..
~cinta ini tak pernah terjadi~


maafkan aku...